Studied Bahasa. Tried using all of the "Ayat-ayat Gramatis" my teacher gave to the whole class. Incomplete but I gave it a try. Topic: Pembungan Bayi.
Masalah pembuangan bayi sedang berleluasa dan kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini. Adakah ini suatu petanda kehancuran generasi? Perubahan yang diharap masih belum menjelma. Tambahan, terdapat pelbagai lagi masalah sosial yang sedang menghinggapi masyarakat. Jika kita membiarkan masalah ini terus melanda negara ini, ternyatalah kita akan mendepani masa depan yang tidak menentu.
Kita perlu mengorak langkah tetapi masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik. Masalah sosial dan susila meruncing tetapi kita masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Masyarakat tidak patut melalaikan hal ini, malahan, kita perlulah bersatu padu dan menggembleng tenaga.
Cara pertama adalah dengan mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan. Zaman sekarang, para pelajar lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran. Kita hendaklah mendidik minda mereka dengan ilmu-ilmu moralyang tinggi dan menyediakan kursus dan latihan yang relevan. Tambahkan nilai keinsanan yang syumul. Dengan adanya ini, terbinalah impian masa depan yang lebih gemilang.